Batik Tanah Lembah Bujang Gallery

This gallery showcases handcrafted Batik Tanah creations by artisans from Lembah Bujang.

Daun Bakau Api-api.

Daun Bakau Api-api.

Artisan: Siti Mariam Binti Zanon

Medium: Clay-Dyed Batik on Cotton

Size (cm): 2.5m x 45"

Daun bakau api-api atau nama saintifik "Avicennia Alba" adalah daun dari jenis pokok bakau yg dikenali sebagai api-api.Pokok bakau yg terdapat di kawasan sungai Merbok. Pokok bakau api-api mempunyai akar udara yg dikenali sebagai "pneumathores"yg membantu dalam pertukaran gas dalam keadaan tanah yg kekurangan oksigen. Menariknya,pokok bakau ini sering menarik perhatian kunang-kunang dan itulah sebabnya ia dipanggil pokok bakau api-api.

Dedaunan Bakau Sungai Merbok

Dedaunan Bakau Sungai Merbok

Artisan: Ili Hidayah Binti Omar

Medium: Batik

Size (cm): 2.25 x 1.15 m

Dedaunan bakau yang menghijau di pesisir Sungai Merbok,Kedah berfungsi menapis pencemar, menstabilkan tebing sungai dan menjadi sumber makanan bagi hidupan akuatik. Daunnya tebal serta berkilat, melambangkan ketahanan alam terhadap air masin. Rimbunan hijau ini bukan sekadar indah, tetapi juga benteng semula jadi yang melindungi pesisir daripada hakisan dan ombak.

Daun Bakau Lambang Kesuburan Sungai Merbok

Daun Bakau Lambang Kesuburan Sungai Merbok

Artisan: Nurul Ain Binti Zakaria

Medium: Clay-Dyed Batik on Cotton

Size (cm): 2.25 x 1.15 m

Daun bakau yang terdapat di sepanjang Sungai merbuk menjadi pilihan motif batik Lembah bujang. Aliran urat pada daun tersebut menampakkan kesuburan pohon yang hidup di subur di pesisir Sungai merbok.

BISIKAN CENGKERANG KUNO

BISIKAN CENGKERANG KUNO

Artisan: Hn Zakiyyah

Medium: Clay-Dyed Batik on Cotton

Size (cm): 2.5 m x 45"

Cengkerang kuno saksi sunyi zaman yang berllu disaksi daun dan bunga bakau yang gugur lembut melindungi rahsia laut yang surut.