Batik Tanah Lembah Bujang Gallery

This gallery showcases handcrafted Batik Tanah creations by artisans from Lembah Bujang.

Relau 7 Beradik

Relau 7 Beradik

Artisan: Zanim@Che Zainni Binti Zakaria

Medium: Batik

Size (cm): Custom

Motif relau 7 beradik

Jejak Tamadun di kaki Gunung Jerai

Jejak Tamadun di kaki Gunung Jerai

Artisan: Awatif Binti Ismail

Medium: Clay-Dyed Batik on Cotton

Size (cm): 2.25 x 1.15 m

Gabungan Gunung Jerai dan Air Terjun Batu Hampar melambangkan keseimbangan antara sejarah dan keindahan alam Kedah. Gunung Jerai berdiri megah sebagai saksi tamadun Lembah Bujang dan penyebaran Islam, manakala Air Terjun Batu Hampar menggambarkan keharmonian alam yang menjadi nadi kehidupan masyarakat tempatan sejak berabad-abad lamanya.

Daun Bakau Sungai Merbuk

Daun Bakau Sungai Merbuk

Artisan: Nadzirah Binti Zulkifli

Medium: Batik

Size (cm): 2.25 x 1.15 m

Daub bakau di Sungai Merbuk,Kedah penting dalam ekosistem paya bakau.Ia menyesuaikan diri dengan air masin,menapis garam,dan mengurangkan kehilangan air.Daun gugur menjadi makanan hidupan kecil serta membantu mengekalkan tanah,menapis air,dan menyediakan habitat bagi pelbagai spesies.

Relau & Tuyere — Nafas Api di Lembah Bujang

Relau & Tuyere — Nafas Api di Lembah Bujang

Artisan: Ili Hidayah Binti Omar

Medium: Batik

Size (cm): 2.25 x 1.15 m

Di bumi purba Lembah Bujang, bara pernah menyala. Relau berdiri sebagai saksi — ketuhar tanah liat yang menyalakan api peradaban, melebur bijih menjadi besi, membentuk kekuatan zaman silam. Melalui tuyere, udara ditiup ke dalam relau — hembusan nafas manusia yang menyatu dengan api dan tanah. Di sinilah lahirnya teknologi peleburan besi terawal di Asia Tenggara, membuktikan kepandaian dan ketekunan masyarakat lampau membina tamadun.

Tapak Peradaban Warisan Kedah Tua

Tapak Peradaban Warisan Kedah Tua

Artisan: Nur Ezaty Binti Abdul Rahim

Medium: Clay-Dyed Batik on Cotton

Size (cm): 2.25 x 1.15 m

Di antara tinggalan struktur purba Lembah Bujang, tersimpan batu pelapik – sebahagian daripada seni bina yang menyokong struktur arca dan tiang-tiang penting dalam ruang upacara zaman silam. Ia bukan sekadar batu, tetapi lambang kepada kemahiran pertukangan, perancangan ruang, dan kedudukan sesuatu yang dianggap berharga dalam budaya masyarakat terdahulu. Motif Batu Pelapik Arca mengangkat bentuk asas batu yang kukuh dan seimbang, diterjemahkan dalam susunan geometri halus dan harmoni. Ia melambangkan kekuatan, ketelitian seni bina, dan penghormatan terhadap warisan yang membentuk identiti tamadun. Motif ini merupakan penghargaan kepada seni dan nilai yang ditinggalkan oleh generasi terdahulu.